BOLEH KE BERTANJAK SAMBIL MEMAKAI PAKAIAN BARAT?
BOLEH.... tapi mari berfikir sejenak... ORANG MELAYU penuh dengan ADAB & TERTIBNYA... semua benda ada aturan dan susun letaknya...
gambar di atas ni contoh la ya.... ada banyak lagi falsafah yang di ketengahkan dalam pemakaian orang melayu..... oleh itu orang yang memakainya mestilah memegang, memahami, mengamal falsafah yang di gambarkan pada baju tu.... kekadang ada je falsafah pada warna, corak kain dll.
ini semua antara kod rahsia dalam pemakaian orang Melayu... itu cerita bab lain... pada orang Melayu apa yang dipakai itu menggambarkan tuan tubuh...
OLEH ITU BOLEH KE PAKAI TANJAK DENGAN PAKAIAN BARAT (ambil contoh t-shirt dan seluar jeans)?
mari kita cari sejarah baju t-shirt dan seluar jeans ni dulu
- sejarah T-shirt
- diguna sebagai pakaian dalam bagi lelaki wanita. sejak akhir 1800an
- pada 1913, baju dalam ini dipotong (bentuk seperti sekarang) dan diguna oleh tentera laut US, dikenali sebagai baju dalam berlengan pendek ‘lightweight short-sleeve white cotton undervests’. bila bekerja dalam tempat yang panans tentera laut ini hanya berbaju dalam.
- dikomersilkan kepada orang awam sebagai baju dalam lelaki
- baju t-shirt ini mesti dipakai didalam baju kemeja . ia tidak dipakai diluar seperti kita sekarang
- nama T-SHIRT diperkenalkan oleh F Scott Fitzgerald didalam novelnya pada tahun 1920
- selepas zaman perang, ramai vateran perang masih memakai t-shirt seperti mana zaman mereka bertugas (baca di atas)
- PEMAKAIAN t-shirt tanpa pakaian luar seperti bekas tentera ini dipopularkan kepada orang awam oleh pelakon Marlon Brando dalam filem A Streetcar Named Desire dan James Dean dalam filem Rebel Without a Cause pada tahun 1950an
- semenjak itu orang ramai mula memakai baju dalam ini kemana-mana saja selepas terpengaruh dengan watak pelakon sebagai golongan pekerja dan bersifat MEMBERONTAK.
- tulisan-tulisan yang menunjukkan rasa tidak puas hati atau protes ditulis pada t-shirt dan dipakai oleh anak-anak muda zaman itu... hingga sekarang
- seluar jeans diperbuat dari kain denim atau kain dungaree. dicipta oleh lelaki berbangsa yahudi bernama Jacob Davis dan Levi Strauss pada 1873.
- mendapat tempahan seluar yang kukuh dan tahan untuk dipakai oleh golongan pekerja terutamanya pekerja lombong, koboi(penggembala lembu), pembalak dll.
- zaman dahulu mereka yang bekerja dalam keadaan penuh kotor,berdebu,berbau memakai seluar jeans ini
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
OLEH ITU KITA DAPAT FAHAMI ASALNYA
T-SHIRT= baju dalam penyerap peluh dan bau badan
SELUAR JEANS = pakaian golongan pekerja yang penuh dengan kekotoran
pada pandangan anda ADAKAH SESUAI memakai tanjak dengan pakaian ini?
atau LEBIH SESUAI MEMAKAI PAKAI TRADISIONAL SEBENAR?
Comments
Post a Comment