BAGAIMANA JABATAN WARISAN NEGARA MENENTUSAHKAN KELAYAKAN

Kronologi Populariti Tanjak
Penggunaan tanjak dalam alam Melayu telah berusia ratusan tahun, namun dalam dunia moden pemakaiannya agak terhad. Dewan Budaya menelusuri kronologi peningkatan populariti pemakaian tanjak sejak akhir-akhir ini.

2008 : Terdapat minat sekumpulan belia yang mula mempopularkan pemakaian tanjak dalam pelbagai medium aktiviti santai, namun jumlahnya masih kecil.

2009: Siri Neng Buah dari Jabatan Warisan Negara (Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara) telah memilih Dr. Johan Iskandar untuk mengangkat semula tanjak warisan Melayu yang hampir pupus setelah membuat kaji selidik, saringan maklumat dan perbandingan dengan ramai pembuat tanjak yang lain.

2010 : Dr. Johan giat mengadakan bengkel tentang pembuatan dan kepentingan tanjak kepada beberapa kumpulan belia, namun ia kurang mendapat sambutan. (Dr. Johan mula mengadakan bengkel tentang tanjak pada tahun 2003).

2012 : Peningkatan minat orang ramai tentang tanjak mula dirasai apabila semakin banyak penyertaan mereka melalui bengkel-bengkel berkaitan tanjak, aktiviti memanah, silat dan pembuatan kraftangan yang dianjurkan oleh Dr. Johan.

2013 : Berlakunya satu “Fenomena Pemakaian Tanjak” oleh generasi muda-belia. Semakin ramai belia membeli dan memakai tanjak di pelbagai acara dan aktiviti.

2014 : Orang ramai mula mencari tanjak asli kerana mereka mula menyedari kepelbagaian tanjak warisan Melayu yang sebenar berikutan meningkatnya kesedaran tanjak yang dikomersialkan mempunyai identiti yang bercelaru, tidak asli dan dihasilkan oleh mereka yang bukan ahli (pakar membuat tanjak).

2018 : Liputan media konvensional dan media baharu tentang pemakaian tanjak semakin meluas dan tular. Selain artis aliran bebas mula menjadikan tanjak sebagai sebahagian pemakaian mereka ketika membuat persembahan dan sesi fotografi, pelbagai drama dan filem menjadikan elemen alam Melayu sebagai genre dan tema cerita yang memerlukan para pelakon memakai tanjak, ia menjadikan tanjak semakin meniti bibir masyarakat umum.

2019 : Populariti tanjak berada pada kemuncaknya. Orang ramai memakai tanjak tidak hanya sebagai pelengkap busana untuk majlis “Raja Sehari” dan majlis-majlis yang melibatkan adat istiadat di istana, malah mereka mengayakannya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis perkahwinan, kenduri-kendara, majlis rasmi dan tidak rasmi serta pertemuan rakan sekolah.



PERSOALANNYA BAGAIMANA JABATAN WARISAN NEGARA MENENTUSAHKAN KELAYAKAN SESEORANG ITU MENJADI TENAGA PENGAJAR TENTANG BUDAYA KEPADA ORANG RAMAI.....




BUDAK-BUDAK MALAUN YANG DATOK TENGAH SIASAT SEBELUM NI ANAK MURID DIA JUGAK..... HMMMMMM MAYAT HIDUP.... TANJAK STAPLER..... SEMUA ADA KT SITU

Comments

Popular Posts